Kenapa masih ragu-ragu dengan penggunaan Cloth Diapers (CD)? Ia mempunyai lebih banyak kelebihan dari kekurangan! Masih belum terlambat untuk anda bertukar kepada CD.
Mahal? - Perbelanjaan cuma sekali je untuk CD, berapakah perbelanjaan sebulan lampin pakai buang anak anda?
Elok ke? - Betul dah ramai ibu-ibu yang bijak menggunakannya. Saya sendiri pun dah cuba dan akuinya. Ia nya sama seperti menggunakan lampin pakai buang. Tak ada susahnya...
Malas? - Yang ini tak dapat la akak nak tolong dik...^_^
Mengapa perlu bertukar kepada Cloth Diaper?
Pernah tak anda terfikir untuk membasuh Disposable Diaper anak anda untuk berjimat? Atau letih bertukar jenama lampin pakai buang kerana anak anda terkena ruam lampin? Berapa banyakkah perbelanjaan untuk lampin pakai buang anak anda yang dikeluarkan setiap bulan? Kalau seorang anak mungkin masih boleh tahan tapi bagaimana kalau 2 atau 3 orang yang masih memakai lampin pakai buang??
Bayangkan jika perbelanjaan tersebut dapat dikurangkan atau di hapuskan sama sekali. Perbelanjaan hanya sekali. Malah boleh digunakan untuk anak-anak anda seterusnya.
Anggaran Kos Lampin Pakai Buang :
RM0.50 x 6 keping sehari x 365 hari setahun x 3 tahun = RM3285
Kos CD :
RM30 x 12 keping = RM360 untuk 3 tahun
Mengapa hendak dibazirkan duit anda setiap hari? Bukan senang nak cari duit melainkan duit itu turun dari langit! Tak pelu bimbang untuk membasuh sebab ia sama je macam membasuh pakaian lain, cuma untuk lebih tahan lama, hanya perlu masukkan ke dalam laundry bag aje (Net). Setiap insert boleh tahan selama 3 - 4 jam lepas tu boleh diganti dengan insert yang lain tetapi masih menggunakan diaper cover yang sama. Tahan lagi 3 - 4 jam..
Sama2lah kita fikirkan, bukan sekadar berjimat, malah dapat menyelamatkan alam sekitar untuk anak cucu kita kemudian hari. Hapuskan penggunaan lampin pakai buang yang mengambil masa 500 tahun untuk terurai!
Earth Saver in Training...
No comments:
Post a Comment